Posts

Showing posts from September, 2010

Apakah Ini CINTA??

Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar. Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri. Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang. Namun tanpa lidah, CINTA ternyata lebih terang Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan **Coretan dari dzikirkasih bertasbih.com/puisi 1800hrs +8 GMT A day after u went back :(

Jika ia...

Image
Jika ia sebuah cinta… ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar…. Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.. Jika ia sebuah cinta… ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji Jika ia sebuah cinta… ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha… Jika ia sebuah cinta… ia tidak cantik namun sentiasa menarik… Jika ia sebuah cinta… ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati… Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.. Jika ia sebuah cinta… ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.. Jika ia sebuah cinta… ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni… Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan… Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan… Cintakah aku? Sukakah dia?? Sayangkah aku? Senangkah dia?? Rindukah aku? Rindukah dia?? .... E...