Aku benar inginkan perubahan
Tanpa sedar dah masuk bulan May, masih segar dalam ingatan bila kali pertama aku menjejakan kaki kat Temasik. Alhamdulilah tempat aku mencari sesuap nasi di sini membawa banyak perubahan pada diri aku. Bulan mulia Ramadhan hampir tiba juga, ini maksudnya kali ketiga aku bakal berjauhan dgn my loved ones. Ya Tuhan, kuatkan semangat hambaMu supaya cekal hatinya di sini.
It was my second job after five years dekat Mike Hotel. Terdetik di hati sampai bila aku nak keja dgn timing dan gmt yg sentiasa berlainan. 'Office' aku yg sentiasa bukan di darat. Setiap 12hb berdebar menantikan jadual kerja untuk sebulan. Terdetik di hati untuk punya masa yg tetap 9-5 office hour jadi aku boleh buat kewajipan aku yg lima perkara tu. Memang aku ada terfikir tentang ni. Pengaruh kawan kawan ada banyak peranan nya. Kalau diingatkan, bila waktu dulu aku bergaul dgn kawan kawan yg cukup lima waktunya, aku jadi malu. Lantas aku pasti akan mengikut.Walaupun niatnya mengikut bukan kerana mahu membuat (ianya adalah wajib) tapi sekurang kurangnya aku membuatnya. Bila kat base ni, tiada teman yg macam gitu, tiada pengaruh dan sentiasa sorang, liima waktu memang ke laut. Bukan aku salahkan kawan kawan, ini memang pada diri sendiri. Si tanduk dua ekor panjang tu akan sentiasa pengaruh kita, kalau iman senipis bawang, maka hanyutlah diri nya. Astraghfirulla'azim!
Aku benar inginkan perubahan. Selama manalah kita hidup, cukup ke bekalan aku di akhirat nanti. Aku inginkan zuriatku sendiri sebelum umurku bertukar ke three series. Menjadi seorang ibu adalah impian setiap perempuan. Walau nanti aku belum tentu menjadi seorang ibu yang bagus, tapi aku pasti akan cuba. Aku tak mahu anak aku jadi seperti aku.
Aku benar inginkan perubahan, tapi di mana perlu ku mulakan... Ya Tuhan..
SierraIndiaNovember
DuaDuaTigaSatu
SierraIndiaNovember
DuaDuaTigaSatu
Comments
Post a Comment